Thursday, January 28, 2010

Bengkel Latihan Praktikal RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK



Pada sebelah petang, para peserta di bawa ke tapak kerja lapangan di Kampung Budiman dan kunci air Sg. Putus, Kg. Pinang Dalam untuk menguji dan membuat analisis tentang tahap kebersihan sungai. Seramai 10 orang ahli JKKK Kg. Sg. Pinang Dalam mengambil bahagian dalam program RIVER Ranger Sungai Klang.

Bengkel Latihan Teori RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK















Dr. K. Kalithasan dari Global Environmental Centre memberikan latihan teori RIVER Ranger Sungai Klang kepada komuniti dari Kampung Sungai Pinang Bandar, Kampung Delek dan Kampung Sungai Udang. Para peserta mendengar dengan khusyuk dan amat berbangga terpilih sebagai ahli kumpulan RIVER Ranger Sungai Klang bagi Zon 1 : MPK.

Perasmian Program RIVER Ranger Sungai Klang Zon 1 : MPK



Program RIVER Ranger Sg. Klang Zon 1 : MPK telah diadakan pada 24 Januari 2010, bertempat di Auditorium MPK dan dirasmikan oleh Ahli Majlis MPK iaitu Tuan Haji Jamuliddin bin Elias. Idea pelaksanaan Program River Ranger ini adalah inspirasi Menteri Besar Selangor yang ingin melihat Sungai Klang indah dan membangun melalui kerjasama strategik dengan komuniti dan agensi-agensi berkaitan. Maka, Global Environmental Centre (GEC) telah dilantik oleh Pejabat Menteri Besar Selangor untuk bekerjasama dengan PBT bagi bersama-sama menjadi urusetia bagi melaksanakan perundingan bersama komuniti, memberi latihan dan pemantauan bagi RIVER Ranger Sungai Klang tersebut.






















Wednesday, January 13, 2010

WELCOME!

The RIVER Ranger is designed by Global Environment Centre (www.gecnet.info ) as an educational awareness and action programme. The programme emphasizes on every aspect of freshwater ecosytems, including its biodiversity, values and benefit to mankind.The programme aims to expand the knowledge and awareness of participants in local environment management and conservation. Participants will learn to appreciate and value our water source, and the importance of sustaining it for future generations. The ultimate outcome of the RIVER Ranger Programme will see participants that have been empowered to initiate and implement river basin audits, conservation projects, and resource management in their respective communities.